Tuesday, June 8, 2010

PERHATIAN BUAT KAUM MANUSIA YANG BERNAMA ISLAM...

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun,
pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Firman Allah:
Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Al-Quran
Surah Al-Baqarah
Ayat 168

Firman Allah:
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Al-Quran
Surah Al-Maidah
Ayat 88

Firman Allah:
Oleh itu,
makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,
dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Al-Quran
Surah An-Nahlu
Ayat 114

Sunday, March 28, 2010




Tidak tahu arah mendapatkan bantuan dan terpengaruh dengan rakan sebaya menyebabkan ramai gadis yang mengandung anak luar nikah mengambil jalan singkat termasuk menggugurkan janin.

Kebanyakan gadis yang mengandung selepas terlanjur dengan teman lelaki buntu dan tertekan menghadapi masalah itu termasuk terlalu takut diketahui keluarga.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata kebanyakan mereka tidak ada maklumat jelas mengenai pihak mana yang mampu membantu dan tempat sewajarnya mendapatkan pertolongan.

Menurutnya, pada saat itu mereka hanya ada rakan sebaya yang mungkin juga pernah menghadapi masalah sama yang kebanyakannya lebih terarah menggugurkannya termasuk sanggup berhadapan risiko dengan memakan ubat bagi menutup kesilapannya.

Katanya, keadaan terbabit menyebabkan banyak kes buang anak dilaporkan hingga ada di antaranya menyebabkan kematian bayi terbabit.

“Sepanjang pengalaman saya, kebanyakan mangsa yang mengandung anak luar nikah ini terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

“Mereka ini menjadi lebih tertekan kerana berhadapan dengan tindakan buang universiti, terpaksa berhenti atau menangguhkan pengajian.

“Oleh itu, mereka lebih terdorong menggugurkan kandungan bagi menutupnya daripada diketahui pihak universiti sekali gus mengelakkan tindakan diambil terhadapnya,” katanya.

Yahya berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Metro Ahad semalam, mengenai tindakan kes buang bayi di kalangan remaja akibat amalan seks bebas.

Berdasarkan laporan itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan 50 kes buang bayi sepanjang tahun lalu.

Ada remaja yang terlanjur hingga menyebabkan mereka terdesak dan sanggup menggugurkan kandungan sendirian.

Monday, February 22, 2010

WANITA : KEWAJIPANNYA BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT


Amat sedih sekali kebanyakan wanita yang beriman, mengaku "tiada Tuhan selain ALLAH, Nabi MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH" membiarkan diri mereka dibelenggu dalam persoalan "Adakah kita WAJIB BERTUDUNG dan MENUTUP AURAT? Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud "perhiasan tubuh yang zahir" itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu.

Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”.

Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.

Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa : “ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.

Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…" (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri. Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa langsung. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan RasuNya.

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

(Dipetik daripada laman web al-azim)

Saturday, January 23, 2010

TANGGUNGJAWAB ISTERI

TAAT

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara berdurhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah menikah, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin dari suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatirkan si isteri tidak dapat melayanii kemauan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYANI SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi uang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak menghambur-hamburkan uang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berhemat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan.
Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyediakan segala urusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja di rumah. Dengan adanya kerjasama dari kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, berkunjung sanak saudara atau keluar, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian serta berkelakuan baik. Si isteri perlu menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya dari segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa saja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah dari si suami yang melebihi dari kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil saja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan dandanan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wewangian yang dapat menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab menasihatkan anaknya pada hari pernikahannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diartikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghibur hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang demikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu karena ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berdiskusi untuk kebaikan bersama. Diskusi lebih baik dari bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak saja. Malah, dengan diskusi juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebaikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk pekerjaan rumah. Dalam hal begini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat. Apabila seorang dari mereka melakukan perkara yang diharamkan, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalangi pasangan masing-masing dari melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebaikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana pernikahan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah menikah ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjamaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjamaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda dari solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjamaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha segala upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahwa pernikahan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan asas dalam pembinaan sebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Friday, January 22, 2010

Hukum ‘Brain Death' (Mati Otak) Dan Beberapa

Isu Derma Organ, Gugur Janin

Oleh :

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

B.A(Hons) UM ; MA (Hons) Shariah, Jordan

Email : zaharuddin@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du'at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Tanda kematian Dalam Islam dan Perubatan Moden
2. Mati Otak (Brain Death) ringkasan Perspektif Perubatan.
3. Pendirian Islam dan Hukum berkait Mati Otak.
4. Hukum Derma Organ dalam pelbagai Situasi
5. Hukum Menggugurkan Janin.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap warga Malaysia yang berminat terutamanya para doctor perubatan yang mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusan kerjayanya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan ‘mawqif'(pendirian) Islam terhadap beberapa isu perubatan yang mungkin segelintir kalangan para doctor masih lagi tertanya-tanya tentang hukum Islam berkaitannya, juga ia berkait dengan kehidupan semasa kita semua.


Tanda-tanda Kematian dalam Islam

Firman Allah SWT : "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" (Al-Anbiya : 35)
Menurut Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki dalam Syarh Sohih Muslimnya yang dinaqalkan oleh Imam An-Nawawi (w 676 H) : mati itu adalah perpisahan ruh dari jasad atau perpindahan ruh ke alam lain dan meninggalkan jasadnya. Lalu jika kita menerima takrifan ini, maka secara tidak langsung kita telah menerima kefahaman metafizik, kerana itu manusia tidak mampu untuk mengetahui secara tepat bilakah masuknya ruh dan keluarnya kecuali mereka hanya mampu untuk membuat andaian berlaku kematian dengan berpandukan kepada tanda-tandanya selain berpandukan dalil2 dari Hadith Nabi SAW.

Para Fuqaha berdasarkan hadith2 Nabi SAW yang kukuh telah membuat kesimpulan, antara tanda-tanda kematian adalah :

1. Dari Ummu Salamah RA bhw Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya ruh apabila diambil maka ia matanya akan menurutinya (memandang ke atas)" (Sohih Muslim)


2. Dari Shidad "Kiranya kamu menghadiri org yang mati dari kalangan kamu, tutupilah matanya, kerana matanya mengikuti ruhnya (terbuka dan melihat ke atas), serta bercakaplah (di antara kamu) dengan perkara yang baik (Musnad Ahmad)

Berdasarkan hadith ini, mengenalpasti kematian melalui mata adalah suatu tanda yang amat penting bagi menunjukkan samada ruh telah berpisah dari jasad atau belum.

Fuqaha juga telah menentukan bhw antara tanda-tanda lain bagi kematian adalah terhentinya nafas, kedua-dua kaki menjadi lembik (longgar), terlerainya gengaman tapak tangan, lenjutnya kulit wajah, mengecutnya kemaluan, sejuknya tubuh dan lain2.

Walau bagaimanapun, jelas menurut ilmu perubatan, ini bukanlah tanda-tanda yang konkrit bagi kematian, kecuali terhentinya pernafasan. Para fuqaha terdahulu, akibat kekurangan alatan moden dan kurangnya perkembangan ilmu sains dan perubtaan, telah membuat kesimpulan bahwa mana-mana bayi yang lahir dan mati sebelum kedengaran sebarang jeritan samada kuat atau perlahan, ia dianggap dilahirkan dalam keadaan mati, serta tidak diiktiraf kehidupan baginya.

Dengan bantuan kemajuan sains dan teknologi hari ini, jelas bhw pandangan fuqaha dahulu tersebut adalah meleset serta kurang tepat, bahkan dunia kedoktoran telah menyaksikan beribu2 bayi yang lahir tanpa sbrg tangisan dan jeritan dan mampu diselamatkan melalui beberapa rawatan kecemasan yang agak mudah. Justeru, dalam hal ini, sewajarnya tanda kematian dan ilmu mengenalpasti kematian ini diberikan kepada para doctor dan bukannya bidang para fuqaha untuk melakukan ijtihad. Para doctor dalam hal ini dianggap ‘ahl az-zikr' iaitu org yang paling mengetahui.


Tanda Kematian Menurut Doktor Perubatan

Secara ringkasnya, adalah seperti berikut :

1. Terhentinya Jantung dan kitaran (peredaran darah), yang mana ianya tidak akan kembali bergerak.


Tetapi perlu diingat, para doctor berupaya untuk memberhentikan pergerakan jantung dari fungsinya selama 2 jam atau lebih ketika pembedahan yang memerlukan keadaan tersebut, bagaimanapun peredaran dan kitaran darah tidak berhenti walaupun sesaat.
Begitu juga dengan terhentinya pernafasan, yang boleh dibantu dengan pernafasan mulut ke mulut atau dengan perantaraan AMBU BAG. Dan biasanya dengan bantuan tersebut pernafasan akan kembali berfungsi secara normal tanpa lagi memerlukan bantuan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan, yang mana pernafasan normal(tabi'e) tidak akan kembali lagi, ketika itu pesakit terpaksa bergantung kepada alat pernafasan sepanjang hidupnya, sebagaimana yang berlaku kepada kanak2 yang mendapat kecacatan di pusat pernafasannya di Medulla Oblongata, atau dinamakan Bulbar Poliomyletis. Demikian juga pesakit yang mengalami kegagalan fungsi pernafasan (Respiratory Failure) amat memerlukan bantuan alat pernafasan bagi menyokong pernafasan asalnya. Dalam keadaan ini, alat (Bennette Respirator) atau lainnya, dapat menolong.

Para Doktor biasanya mengenalpasti waktu terhentinya pusingan (kitaran) darah dan jantung, iaitu terhentinya yang tiada kembali lagi, ia boleh dikenalpasti dengan tanda berikut :-

a) Terhentinya denyutan dalam darah, iaitu dengan menyentuh tempat yang dapat merasai denyutan darah antaranya, kawasan di antara mata dan telinga, dan lain2 tempat yang diketahui oleh doctor.

b) Terhentinya jantung, ia boleh dikesan apabila tiada kedengaran dengupan jantung melalui Stetoskop.

Waktu terhentinya ini mestilah berterusan paling kurang selama 5 minit. Manakala dalam keadaan terhentinya secara mengejut, usaha mengembaliknnya berfungsi dilakukan berterusan dengan pelbagai kaedah antaranya menggunakan mesin (Defibrillator) bagi mengembalikan denyutan jantung iaitu dengan mengenakan sedikit cas elektrik ke jantung. Usaha ini akan diteruskan selama 30 minit dan mungkin juga lebih dari itu kiranya terdapat tanda-tanda kemungkinan jantung untuk berfungsi kembali.

Apabila terhentinya kitaran darah dan pernafsan secara sempurna (iaitu setelah dilakukan pelbagai usaha kecemasan yang disebut tadi) maka Doktor akan mengesahkan matinya pesakit secara rasmi.

2) Terhentinya pernafasan selama lebih 3 minit

Berikut adalah tanda terhentinya pernafasan :-
a- Terhenti pergerakan di dada dan perut.
b- Tiada kedengaran bunyi pernafasan menggunakan stetoskop.
c- Diletakkan cermin yang bersih di depan mulut dan hidung bagi mengtahui terdapat tanda pernafasan berlaku atau tidak.
d- Diletakkan bekas kecil mengandungi air di atas dada atau perut, kiranya air tidak bergerak maka, ia tanda tiada pernafasan.

Bggaimanapun sel-sel tidak mati sejurus kematian pesakit, justeru kita boleh mendapati sel-sel ditubuh masih menerima kejutan2 elektrik dan sel-sel hati masih berfungsi menukarkan gula kepada glucose dan seterusnya ditukarkan kepada glycogen oleh sel Langerhans yang mengeluarkan Insulin.

Disertakan jadual jangka hayat anggota-anggota penting selepas kematian seseorang:

Anggota Masa hayat tanpa dibekukan Masa hayat dengan pembekuan
Otak 4 minit
Jantung Beberapa minit 2 jam atau lebih
Hati 8 minit 8 jam
Pankreas 20 minit 12 jam seluruh pancreas
72 jam separuh darinya
Buah Pinggang 45 minit 72 jam
Kornea 12 jam Sehari atau lebih
Kulit 12 jam di bilik sejuk Sebulan atau lebih
Tulang 24 jam Sebulan atau lebih
Paru-paru 30 minit Beberapa jam
Sperma Berbelas tahun dengan disejukkan

ISU BRAIN DEATH ( Mati Otak )

Ringkasan dari perspektif Sains dan Kedoktoran tentangnya

Walaupun takrif kematian yang diiktiraf di kalangan doktor tadi adalah terhentinya jantung, peredaran darah dan pernafasan, bgmnpun terdapat beberapa keadaan kematian yang tidak dalam bentuk tersebut, Ia adalah rentetan kemajuan teknologi dengan ciptaan alat bantuan hayat . Maka ia adalah satu isu yang perlu di fatwakan oleh para ulama Syariah Islam.

Biasanya para doctor apabila berhadapan dengan keadaan kecemasan pesakit seperti kemalangan dahsyat yang membawa kecderaan parah di otak. Mereka akan menggunakan alat Bantuan Hayat untuk mengambil alih tugas paru-paru, serta membantu jantung agar terus berfungsi. Maka dengan alat ini, peredaran darah akan terus berjalan, jantung akan terus berdenyut dan para-paru masih berfungsi untuk pernafasan.

BAGAIMANAPUN, otak yang ditimpa kemalangan tadi telah rosak dan mati serta tiada kaedah lagi bagi menghidupkannya kembali. Dalam keadaan ini, pesakit mungkin boleh terus hidup dalam beberapa hari dan jantung akan terus berfungsi selama 68 hari dengan bantuan alat hayat selepas otak mati. Justeru, adakah pesakit sudah dikira mati di sisi Islam dalam keadaan mati otak ???

Sebelum dihuraikan pandangan Fuqaha Semasa tentang hal ini, dijelaskan di sini tanda kematian otak menurut kajian yang dikeluarkan oleh Harvard Medical School pada tahun 1968 m. :-

1- Koma serta tiada memberikan respond kepada apa jua keadaan.
2- Tiada pergerakan.
3- Tiada pernafasan (ketika diberhentikan alat bantuan)
4- Tiada tindakan refleksi dari pangkal otak.
5- Graf uji aktiviti otak akan menunjukkan tiada aktiviti (Flat E.E.G). Tapi ianya tidak memberi maklumat muktamad tentang kematian otak.
6- Tidak wujudnya pergerakan darah ketika digoyangkan kepala. Ia dapat dikesan apabila kerana darah, apabila digerakkan kepala ke satu arah, sepatutnya mata akan menghala ke arah yang bertentangan, kiranya berlaku mati otak, maka mata pesakit tidak menghala bertentangan bahkan menuruti arah kepala.

Apabila berkekalan tanda-tanda ini tanpa sebarang perubahan dalam masa 12 jam maka seseorang boleh dianggap telah mati otaknya. Banyak kajian telah dijalankan berkenaan Brain Death ini antaranya oleh :

a- Kesatuan Doktor Antarabangsa yang bersdiang di Australia tahun 1968 M. Juga di Geneva tahun yang sama.

b. Kuliah DiRaja Britain Bagi Para Doktor juga telah membuat satu badan bagi membuat kajian tentangnya dan mengeluarkan beberapa ketetapan pd tahun 1976 M dan 1979 M. Dan banyak lagi.

Brain Death ini pula telah dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu :-

a) Mati seluruh Otak ( Whole Brain Death )
b) Mati di Pangkal Otak (Brain Stem Death)
c) Mati Bahagian atas otak dan keadaan ‘Vegetative States' ( iaitu : Hilang kemampuan aqal dan pemikiran dimana pesakit tidak mampu untuk makan dan minum melalui mulut dan hilang kawalan untuk kencing dan sebagainya ) Bhg atas otak (cerebrum) telah mati dan bhg pangkal masih hidup.

Bgmnpun, penulisan ini tidak akan menghuraiakan jenis2 tersebut agar tidak memanjangkan perbincangan.

Kaedah Utama Mengenalpasti Brain Death

1. Syarat-syarat Pra ujian (Preconditions)

a) Pesakit pengsan sepenuhnya serta tidak bernafas kecuali dengan menggunakan alat pernafasan (ventilator).

b) Mengenalpasti sebab pesakit pengsan (tidak sedar diri) serta jelas terdapatnya kecederaan di pangkal otak yang tidak boleh diubati. Peratusan terbesar terhadap keadaan ini adalah kemalangan jalanraya, kapalterbang, keretapi, di tempat kerja lain2 sepertinya.

2. Tidak wujud tanda-tanda atau sebab2 lain yang menunjukkan pesakit hanya pengsan seketika

Antara faktornya:
a) Alkohol dan ubat pemandulan.
b) Rendahnya suhu tubuh.
c) Kegagalan Buah Pinggang atau Hati dari berfungsi.
d) Pengsan akibat terlebih gula di dalam darah atau terlampau kurang gula.
e) Ketidakstablian elektrolit, (Electrolyteimbalance) akibat masalah pada cas elektrolit seperti K, NA dan Ca.

Ketika wujudnya sebab2 sementara di atas mestilah dikenalpasti sebelum dijalankan ujian berlakunya mati otak.

3. Ujian-ujian lanjut

a) Tidak wujud tindakbalas refleksi dari pangkal otak. Ia boleh dikenal dengan cara berikut, antaranya:-
i. Tiada tindakbalas bebola mata terhadap sinaran lampu suluh.
ii. Tidak bergerak biji mata walaupun direnjiskan air sejuk padanya.
iii. Tidak mengerut dahinya walaupun ditekan dahi dengan ibu jari.

b) Tidak wujud pernafasan selepas diberhentikan alat pernafasan selama 10 minit. Ia dibuat dengan ujian khas. Ia diketahui oleh para doctor.

c) Ujian Kepastian Terakhir : Antara yang terpenting adalah :
a- Graf otak tidak menunjukkan sebarang pergerakan (Flat E.E.C )
a- Tiada peredaran atau kitaran darah di otak, ia dapat diketahui dengan menggunakan alat Redionucleotides

Demikian didedahkan secara ringkas berkenaan Brain Death menurut ilmu perubatan.

PENDIRIAN PARA ULAMA ISLAM DAN HUKUM BERKAITAN ISU BRAIN DEATH

Isu Alat Bantuan Hayat dan Mati Otak mula timbul dibincangkan di kalangan Fuqaha dan alam Islam sekitar awal 80 an.

Ia dibincangkan di sidang Majma' Fiqh Islami tahun 1985 M di Jeddah yang mana dihadiri oleh para ulama dunia dan doktor-doktor perubatan pakar tetapi tiada keputusan dibuat demi meneliti isu.

Sidang Majma' Fiqh seterusnya dibuat tahun 1986 M, di Amman Jordan, dan tajuk ini dibincangkan dengan begitu mendalam, hasilnya Majma' Fiqh Islam Sedunia telah membuat fatwa dalam isu Alat Bantuan Hayat dan Mati Otak, yakni bagi menjawab persoalan adalah seseorang dikira mati dari sudut syarak atau belum apabila disahkan mengalami Mati Otak. Fatwanya sebagai berikut :

" Sesungguhnya seseorang dianggap mati dari sudut syara' dan seluruh urusan melibatkan kematian boleh dilaksanakan sekiranya tedapat 2 tanda :
1. Apabila terhenti jantung dan pernafasan secara sempurna, dan Doktor mengesahkan tiada harpan untuk kembali berfungsi.
2. Apabila terhenti seluruh tugas dan peranan otak secara sempurna , dan Doktor Pakar dalam bidang ini mengesahkan tiada harapan untuk kembali fungsi setelah dibuat analisa lengkap.

Dalam keadaan tersebut, adalah HARUS untuk menanggalkan Alat Bantuan Hayat yang digunakan pesakit walaupun terdapat anggota tubuhnya yang berfungsi dengan bantuan alat tersebut"

Kesan Fatwa ini, maka terbukalah ruang yang luas bagi proses pemindahan organ bagi pesakit2 mati otak yang dianggap mati dari sudut syara' lalu bolehlah dijalankan proses pemindahan organ dalam keadaan organ masih segar dan sel masih hidup.

Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhdp isu derma dan pemindahan organ :

1. Pemindahan organ

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.

ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

2. Menghapus Ovum atau telur wanita yang berlebihan dari keperluan (Hasil pensenyawaan di luar rahim)


Hukumnya :
a). Kaedah penghaspusannya adalah dibiarkan tanpa sebarang perhatian, agar ia mati dengan sendirinya.
b) HARAM menggunakan ovum dari wanita lain, dan WAJIB pihak yang menguruskannya memastikan tiada sebarang kekeliruan atau percampuran atau pertukaran berlaku.

3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas


Hukumnya :

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata')

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-
i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.


HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :


1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Sekadar itu dahulu, semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua, sebarang teguran membina amatlah dialu-alukan.

Sekian,

Irbid, Jordan
20 Jun 2003

Rujukan :
1. Qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia
2. Al-Mawqif Al-Fiqhi wal Akhlaqi min qadhiyah Zar'u al-A'dho' , Dr Muhd Ali Al-Barr, Dar Al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 1994 m
3. Qadhaya Tibbiyyah Mu'asiroh, Prof. Dr Muhd Na'im Yasin, Dar an-Nafais, Cet 3, 2000 m
4. Nizam Al-Usrah fil Islam, Prof Dr Muhd Uqlah Al-Ibrahim, Muassasah Ar-Risalah, cet 2, 1992 m
5. Gharasul a'dho', Dr Mustafa Al-Qudoh, Abhath Al-Yarmouk
6. Bahath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Misfar al-Qahtoni
7. Batath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Mahmud Abu Layl, Univ. UAE
8. Fatawa al-Muasiroh, Syeikh Dr Yusoff al-Qaradhawi, Muassasah ar-risalah, Beirut, cet 3, 1

Sila buka di

http://al-ahkam.net/home/upload/dl/Islam/E-book

Thursday, January 14, 2010

MARI BANTU DIRI DAN SUAMI
Mungkinkah kerana itu, wanita-wanita solehah semakin sukar kedapatan dalam dunia hari ini ? Dek bertahan memegang yang syari’e cukup sukar dan penuh duri umpama menggenggam bara api, hampir terlepas kerana kepanasannya yang tak terperi.

“ Jangan putus asa. Selagi masih bernyawa, selama itu gelaran Solehah masih boleh diraih dan dicapai,” demikian sering suami memujuk tatkala terasa diri bagaikan jauh dari ciri-ciri wanita solehah, penyejuk di mata, penawar di hati.

Justeru, mari kita berusaha semampu daya untuk mendapatkan kesempatan yang masih ada ini. Tanpa rasa pesimis ataupun khuatir. Mari kita bantu diri dan suami tercinta. Bukan hanya dari sudut materi, tetapi juga dari sudut rohani sebagai bekal kemudian hari.

Biarlah orang memandang kita sebagai naïf dalam berfesyen arus semasa di luar rumahtangga, tetapi di depan suami kita adalah isteri yang ‘daring’ dan manja. Bukan bermaksud perlu selekeh dan comot, tetapi cukuplah sekadar berpenampilan bersih, rapi dan kemas di luar rumahtangga. Itu sebenar tuntutan agama.
Kecantikan itu bukan dilihat dari fizikal semata, tetapi kecantikan itu timbul dari dalam hati, beserta kebaikan terhadap manusia dan kepatuhan kepada Yang Maha Mencipta.

Andai ingin terus bersama hingga ke syurga, mudah-mudahan ketaatan dalam menyempurnakan penutupan aurat ini dapat membantu menuju bahagia di sana. Bersama suami tercinta.

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kalian untuk menutupi aurat kalian dan pakain indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasan ALLAH SWT.Mudah-mudahan mereka sellau ingat." ( Surah al-A'raf ayat 26 ).

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.